Tuesday 24 April 2012

QUOTES!

Hye!!...QUOTES! tbe2 je quotes kan...ntah ape ntah..sbnarnya sy mmg suke dgn quotes.. quotes nie yg ayat die comel,sweet n byk mksud tersendiri..ala kalau bm die mcm 'mutiara kata' mungkin la xpasti lak...tp lbey kurang cmtu la..xpon petikan kata2 from someone yang kte boleh jadikan inspirasi.. quotes nie byk, mcm2 pasal life,love,friendship,success,happiness n byk lg..kt bwah nie sy snarai cket quotes yg sy suke..sbb mksud yg tersendiri dari para ulama dan jgk dri ahli falsafah dunia..


"Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras." (Hamka)

"Sifat pemarah adalah musuh utama akal." ( Saidina Ali Abi Talib )

"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil." ( Saidina Ali Abi Talib).

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya."(Imam Al Ghazali).

“It is better to be hated for what you are than loved for what you are not.” (André Gide)

“There is never a time or place for true love. It happens accidentally, in a heartbeat, in a single flashing, throbbing moment.” (Sarah Dessen)

“Love looks not with the eyes, but with the mind.” (William Shakespeare)

“Anyone who loves in the expectation of being loved in return is wasting their time.” (Paulo Coelho)

“How people treat you is their karma; how you react is yours. ” (Wayne W. Dyer)

“Remember that everyone you meet is afraid of something, loves something and has lost something.” 
(H. Jackson Brown Jr.)

“It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.” 
(Confucius)

“We don't see things as they are, we see them as we are.” 
(Anaïs Nin)



Anny0ng!!


Monday 23 April 2012

Just nak share


Salam..nak share cite Kisah Nabi Idris A.S tentang Syurga dan Neraka...mybe ramai yg dah taw or penah terbaca..tp sekadar nak share.. :))


Suatu hari, Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bolehkah engkau membawa aku melihat syurga dan neraka?”

“Wahai Nabi Allah, pelik benar permintaanmu,” kata Izrael.

Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.

“Terus terang, aku takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman aku menjadi kental setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.
Sewaktu mereka sampai di neraka, Nabi Idris lantas pengsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang derhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai seksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.

    Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke syurga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu syurga yang sangat tampan.

Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.
Sewaktu melihat isi syurga, Nabi Idris  lagi sekali nyaris pengsan kerana terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau  tanpa kata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris berulang-ulang.

Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya diperbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni syurga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.
Sweaktu berjalan-jalan di syurga, Nabi Idris diiringi pelayan syurga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.

   Nabi Idris ingin minum air sungai syurga. “Bolehkah aku meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni syurga.” Jawab Izrael. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur kerana dapat menikmati air yang begitu segar dan luar biasa enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selazat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat syurga, tibalah waktunya bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi Nabi tidak mahu kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan syurga Allah.

“Aku tidak mahu keluar dari syurga ini, aku ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.

“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan boleh menghuni syurga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.

“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkurniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni syurga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Idris berusia 82 tahun.

Firman Allah:

    “Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Al-Anbiya:85-86).

Pada saat Nabi Muhammad melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.
“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surah Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.

Friday 20 April 2012

Oleh kerana hujan

Salam jumaat sume...ptg2 nie cmnie tringat nak update blog neh..arinie ase best je haha..bgun2 pagi je da ad kt dalam bilik sndri kt uma,,mcm xcaye..best ooo cuti....kan2? erm da lame xlek bermula la aktiviti dgn adik bradik,cousin mne yg ade...selalu ptg2 cmnie lepak2 dpn uma..sembang bagai..then nek moto pusing2 taman meronda..hehehe..tp petang nie ujan plak kt luo tu, so dok je dlm bilik nie mgupdate blog..kalo ujan stop japgi leh le g amek angin petang..hiii

Sblom cuti da plan da ape nak wat time cuti..termasuk la assignment mgt..tp shari dua nie relax dlu...nanti2 bru wat...bru je blek kan..erm ujan2 ase ngantuk le plak tp da ptg pon..xleh tido t kna marah..hehehe
Nak bca novel xde mood lak..gpon jlan cite sme je..jiwang nak mati pdahal realiti xseindah tu pon..skadar nak bca suke2 bole la..kgkadang sy layan jgk novel nie tp tgk le thap mane jlan cite die yg mmbuatkan sy tertarik untuk bca sampai habis..dlm byk2 novel sy suke 1 je, tjuk die 'Pelabuhan Kasih', tu pon sebab watak die name Fatin..hehe

Ha...mrepek smpai ke novel sume da..tu la bosan xleh kluo..xpe la ye..nanti rajin sy menaip lagi ea..
Anny0ng!!

Wednesday 18 April 2012

Nak Share =)

Salam..pagi yang mendung ari nie...kali nie sy nak share sket tentang kelebihan surah Yassin..ramai yg dah taw tp ada jgk yg xtaw..entri nie dari blog sy yg lg 1 so copy je nk share ngan korang...memandangkan ari nie ari khamis..elok la kalo di baca surah Yasiin nie..=)

KELEBIHAN SURAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:


"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.




5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang
suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari
syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.



14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada
rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah
jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi
sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.

Mrepek b4 tido...tlong jgn baca!

hye....slagi xblek slagi tu la mood nie ada...hehe malam nie nak pcking sblom off to taiping esok..biasa la kte plan tp Allah tentukan..cadangnye ptg nie blek tp parent xleh nak dtg..ada hal cket..so kna tggu es0k la..nak wat cne kan kalau la leh blek sndri...bkn xleh tp xbrani haha, ayat xleh blah...dlu time wat diploma kt Uitm Perak boleh dikatakan tiap mggu blek..senang dpt bus kt sna..g mdan kidd da ade bus lek tepeng..kt cnie kna g sp la btterworth la..byk keje lak..bek dok uma sewa wat pape yg patot..

bkn merungut taw...nak cite je...dok cnie pon best je..sy nie anta la mna2 pon leh je dok tp kna salu blek..hahaha...padahal bkn ad apa pon kt uma tp tu la org ckap 'rumahku syurgaku'.. mcm mne pon uma kte msti terbaekkk pnye..

kan da ckap jgn bce..mrepek je lebih... =)
Anny0ng!!

Tuesday 17 April 2012

Nak Balik !!



Salam...nak story cket je xbyak..hehe, mood skrg nak balik uma..da lama xblek..
sejak msuk sem ritu xde lgsg blek uma (sy dah membuktikan sy bkn anak mnja)...huhu..seriously rindu ..tp sblom blek kne tempuh test dlu...so papepon kne fokus dlu..then bru pk nak blek...xsabarnye..rasa slownye masa bergerak...ble la hari khamis nie nak mnjelma...shari je pon lg..tp kan makin dekat la makin xsabar tuggu...

org cakap ala tepeng dgn merbok bukan jauh pon..erm ye ke? ase cam jauh je...hehe..bkn xnak blek tp weekend tu xcukup nak blek uma...seminggu pon xckup..haha...melampau kan..xpela adat la study jauh dri uma...yg study oversea tu lg la...stahun pon blom tentu blek kan...hehe

ksimpulannye kt cnie...sy mmg xsabar nak blek!! no idea actually...haha
xpe la..nanti update lg ye..tepeng i'm going back please wait for me ya !
Anny0ng!!







Tuesday 10 April 2012

Survival !







Hye...2 kali update rini...pagi tadi dah cite pasal airmata...hehe malam nie nak kongsi pulak pasal program Survival khas untuk mahasiswa UiTM yg berlangsung 2 sesi td...sesi pagi n petang..so untuk I-bank student kne sesi petang..honestly memang la ble dengar kne dengar ceramah sape yg nak, tipu la kalo kata 'mmm bestnya nak g dengar ceramah nie' .. dah la petang pulak tu..ikut jadual kata kul 1-5..tp kul 2 baru start, solat Zohor dulu.. even blom masuk dewan mcm dah nmpak dah byang2 program nie..hehe sebabnye membe yg sesi pagi dah bgtaw sediakan tisu...dalam ati nie fikir ye ke sedih sgt ?? smpai nak kne ada tisu bagai..

pastu program pon start mcm biasa kte g ceramah motivasi..Penceramah kalo xsilap dari Bandung,Jakarta.. cara pyampaian sgt berkesan..bru je msuk dewan kejap..dah bertakung je airmata nie...byak pgisian yang disampaikan..n ada yang kte xpnah terfikir pon sblom nie...ada lawak, ada sedih, ada rasa happy,ada rasa  insaf..macam2 la rasa...yang penting skali mesej utama program nie pasal bangsa Melayu,pasal negara tercinta kte nie, Malaysia..ye la bangsa Melayu yg kte banggakan selama nie..makin hari makin hilang 'melayunya'..macam2 gejala negatif dalam generasi baru sekarang..termasuk la generasi kte nie..dalam usaha nak membendung, Ayahanda Dato' Professor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar kte mgadakan program khas Survival nie untuk membentuk dan memantapkan lagi jati diri para pelajar Uitm yang sinonim sbg universiti bumiputera...dalam erti kata lain ble sebut Uitm je mesti la Melayu..

So demi memartabatkan anak bangsa Melayu program nie diadakan..dgn harapan dpt membantu siswa siswi dalam pembentukan menjadi insan cemerlang dalam hidup..bg sy program nie sgt bermanfaat...bkn shj untuk student tp untuk yg bergelar insan..Terima kasih Uitm kerana memberi sy peluang untuk berada dalam program yg sedemikian.... =)

Anny0ng!!

Monday 9 April 2012

Airmata Lelaki...

Salam...aiii lama x update...selalu kan kite dengar tentang airmata..then mesti dikaitkan dengan perempuan...sebab ape ea? sebab airmata memang dikhususkan untuk kaum hawa..so kalau kaum hawa nie nak nangis ke..it's ok.. she have the right =)  tapi  sy share kat sini pasal airmata lelaki...hmmm jarang kite dengar orang nak cite pasal airmata lelaki nie..selalu yang kite taw..lelaki nie kuat so takkan senang2 je dia nk nangis...tapi ada certain2 yang suka menangis...untuk lelaki kalau menangis ada bagus n ada x bagusnya... so try tgk ape xbestnye kalau kaum adam nie menangis...



Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


k la..da taw kan cite pasal airmata nie...nanti2 update lagi... =)
Anny0ng!!!